Sunday 28 August 2011

Cabaran d Borneo

Perancangan yang rapi banyak membantu kami untuk bergerak lebih jauh. Destinasi seterusnya adalah Kota Kinabalu, Sabah. Ini adalah kali pertama saya untuk menjejakkan kaki di borneo ini. Keterujaan ke sini di tunggu tunggu selama 3 bulan. Tiket Fire Fly telah ditempah pada bulan Mac dan kami bertolak ke Kota Kinabalu pada 24 Jun 2011. Dengan harga serendah RM0.01 sen untuk sehala, tentunya sangat murah dan berbaloi. Namun kos tambahan cukai dan sebagainya menjadikan harga untuk sehala ke KK adalah RM 35.00.


Jumaat, 25 Jun 2011


Motif percutian kami lebih kepada cabaran dan gamble. Dengan hanya membawa beg sandang yg beisi peralatan mandi serta 2-3 helai pakaian, bagi saya ia cukup selesa dan mudah. Tak perlu checked bag ataupn tiada isu beg rosak ketika di kargo. Penerbangan kami jam 10.09 minit malam, perjalanan selama 2 jam 30 minit itu sudah cukup lama bagi saya bila berada di dlm pesawat. Jam 12.30 malam, kami selamat sampai di Kota Kinabalu International Airport. Disini xubah seperti KLIA juga, mungkin dari arkitek yang sama.

Berjalan di sekitar Airport

Kengganan kami untuk mengambil teksi melalui kaunter di Airport, membuat kami terpaksa berjalan lebih kurang 500 meter ke Jalan Utama. Harapan kami, teksi murah lebih banyak di luar kawasan Airport. Jam yang menunjukkan 1 pagi, semestinya laluan jalan utama agak sunyi dan bahaya. Sepnjang perjalanan kami di situ, tidak ada satu pn teksi yang melalui jalan tersebut. Akhirnya kami menjumpai Stesen Petronas. Pekerja disitu tidak dapat membantu kami untuk mendapatkan teksi.

Polis sebagai pilihan terakhir.

Sedang sibuk untuk fikir dapatkan no telefon teksi, aku terfikir untuk menelefon polis. Mana lah tahu kan, polis boleh bantu...akhirnya polis bantuan bersetuju untuk menghantar kami ke bandar, semestinya ia percuma..itu la motif kami sebenarnya..percutian budget tersangat sangat..!TAPI.. sebelum polis sampai, kami  di datangi teksi lalu menahan tanpa rasa curiga..teksi itu berhenti dan masih beroperasi..!SO maaf yer abg polis..msti xjumpa kami kann..

Tune Hotel.
Hotel yang agak murah dan selesa. aku sgt merekomen kan korang tuk stay kat sini. Sangat ekonomi tapi selesa. Walaupn bilik nya kecil tapi xla rasa sempit.OK2 jer..apa yang kita nak guna baru la bayar.Sgt kreatif. Bayaran untuk semalam hanya RM 40 sahaja.

Pulau Manukan


Pulau ini sangat cantik kot, air yang jernih n tiada pencemaran. Tiket bot pergi dan balik RM 17 seorang. Pengalaman menaikit bot biasa2 jer. Kami lebih teruja pada kecantikan pulau ini serta kebiruan air laut nyer sgt memukau, Nak jumpa air laut secantik ini  mmg susah. Semestinya, bertimbun timbun pelancong lepak lat sini..dan disini terdapat juga resort yg cantik.



Sunday 15 May 2011

Taiping-Perak ( Bandar Xtreme Antique)RM142

Taiping
MEMANDANGKAN INI ADALAH BLOG PERTAMA YANG DIBUAT OLEH AKU, semestinya juga ini adalah POST PERTAMA, dan ini merupakan TEMPAT PERTAMA aku adakan PHOTO TRIP TRAVELOPHIC. JADI AKU MEMILIH TAIPING SEBAGAI TEMPAT PILIHAN PERTAMA. KERANA TAIPING MERUPAKAN BANDAR PERTAMA DIBUKA DI MALAYSIA juga mempunyai 33 perkara pertama di Malaysia.  
Taiping merupakaN sebuah bandaR yg xtreme gler2 dengan sejarah nyer. Paling utama yang menarik di Taiping adalah perkara yang tertua dan pertama, di mana terdapat 33 perkara yang tertua dan pertama di Bandar Taiping ini antaranya, Stesen Keretapi, Hospital, Masjid, Taman Tasik, Hotel, Pasar, Bukit Peranginan, Penjara, Muzium, Pejabat Kerajaan, Zoo, Menara Jam dan banyak lagi yang tertua di sini. Aku rasa macam Melaka tewas dengan Taiping berkaitan dengan sejarah. Very da Tua. Kalau ke Taiping, rasa nya memang tak sah kalau tak g Bukit Larut(Maxwell Hill ) and Taman Tasik meletopnyer itu, sangat la cantik. Very da Beautifuul..

KTM sebagai pengangkutan rasmi.
KOC SELESA 
 Aku dan member aku sorang ni memang berminat sangat dengan aktiviti jelajah extreme gini. Lagi2 minat kitorang sama, suka ambil gambar guna DSLR. Kalo ikutkan kitorang xpandai sgt lagi guna DSLR camera Nikon yang mahal ni ( eksen melampau).Tapi dengan adakan photo trip, kitorang ingat nak tambah skills, luasa permandangan byk pengalaman. Kitorang decide nak naik Tren KTM direct terus sampai Taiping dari Seremban ke Taiping. Actually, kalo nk bertola dari seremban memang ade 1 Tren sahaja iaitu Koc Senandung Utara berbanding dengan KL sentral yang ada byk Tren nyer. Tak Silap ada 5 Tren untuk ke Utara. Dengan harga RM 33(second class) untuk sehala(Seremban-Taiping) time balik kitorang benti di KL sentral dengan harga RM28.


Experience bersama Tren KTM 
Station KTM Taiping
Ok jugak la naik KTM ni,   Kami bergerak dalam kul 2 dari Seremban:: boleh tahan selesa, siap ader peramugari, tapi kalau dalam Tren nak panggil apa yer..kitorang tak tidur dalam tren, tapi layan borak and sekali sekala tengok drama kat LCD screen kt dlm Koc tuh..tp malangnyer TV nyer bisu. Kitorang main agak2 dialog dlm drama tu. Member aku ni dah 10 tahun xnaik KTM agak excited.katanyerr..Dia siap paksa-paksa diri nak tido tapi akhirnya layan sembang jugak. 2 jam sebelum sampai Taiping, aku ajak member aku ni ke cafe.(Koc Cafe) Dier macam suka. Seronok nya katanya.
Station KTM Ipoh

Koc Cafe KTM

Hampir terlepas Stesen
Punyalah seronok layan borak, sampaikan kami tak dengar announce. Taw2 jer tren berhenti disebuah stesen yang xnampak macam stesen. Kelam kabut kitoarang berlari sejauh 4 gerabak untuk ambil beg.Hahaha. Memang gelabah tahap cicak. Risau sebab tren ni berhenti lama di sesebuah station. Rupa2 nyer Stesen KTM taiping dalam Renovation untuk buat double track, tu la Stesen nyer xmcm stesen. Sbb tu la kitorang tak perasan. Memang lucu la.


Checked in Hotel di Hotel Meridien
Keluar je dari Stesen,, kitorang terus amik Cab ke Hotel. Kitorang Checked in di Meriden Hotel pada Jam 7.30 malam. Teksi Caj RM5, sedangkan macam tak sampai 5 minit je naik teksi tu dah sampai. Maklum la di Taiping ni Teksi nyer xguna meter & bas pun bukan pengangkutan utama. Setakat 2-3 buah bas jer nampak di  Stesen. Dengan harga RM 68(harga time cuti RM118) semalam, kitorang sangat berpuas hati. Selesa & standard la kalau untuk dua orang. Dibelakang Hotel ni ada kedai Mamak 24 jam. Kira meriah gak ramai orang. Di sebelahnyer pula ada Hospital KPJ. Agak strategik juga la Hotel ni sebab Meriden Hotel ni attach sekali dengan HSBC bank, senang nak kuar duit. Nak ke bandar jalan kaki 15 minit gitu.


Night Life di bandar Taiping 
 Jam 9 malam macam tu kami gerak ke bandar taiping cari makan. Malangnyer kedai banyak dah nak tutup. Ada la beberapa kedai yang masih terang benderang tapi agak sunyi sedikit. Hajat nak nak cari Sotong Kangkung tapi dah abis. Dah lewat sgt, kami beralih lepak ke belakang Hotel jer, ada kedai mamak 24 jam. Happenning gak, nmpak ramai budak2 kolej lepak kt situ.


Ronda-ronda pekan Taiping
BANDAR TAIPING MERUPAKAN BANDAR PERTAM DIBUKA DI MALAYSIA
Pada jam 7 pagi bergerak keluar dari hotel, sebelum berjalan kaki ke Bukit Larut, kami singgah di Kedai Mamak dulu tu breakfast. Aku minum fresh orange suda, sbb mcm boleh rasa yg akan loyar bila naik bukit nnt. Perjalanan selama hmpir 1 jam gitu, agak fun gak, sbb kitorang lalu byk kedai2 lama, bangunan lama yg cantik lagi classic..kiranya xder la bosan.Kesempatan ini kitaorang amik gmbar la kann..kedai pn byk blum buka lagi, so jalan sunyi xbusy, agak mudah nak ke sana sini. Permandangan kami tiba2 berubah, pada 200 meter sblm sampai Bukit Larut. Tasik yang Hijau segar, Bukit yang Tinggi dengan permandangan, Tasik yang dipenuhi bunga teratai. Pokok2 besar yang menunduk ke tasik, bunyi deruan air terjun Wah!sgt kagum..sedap je mata melihatnyer.. !mcm xpuas amik gmbar..!.


Bukit Larut (Maxwell Hill)
Sampai je di Bukit Larut, aku pn bergegas ke kaunter tiket, yerla..maklum la sbb tiket kalo lambat beli, lambat la naik. Dengan harga RM 6 untuk pergi balik, rasanyer cukup reasonable. Perjalanan ke puncak mengmbil masa 30 mint. Kitorangnyer Land Rover smpai kul 10, so kena tunggu dkat nak sejam. Tapi xpe, di kaki bukit tu sendiri sudah menenangkan, pokok2 dan suasan sgt  nyaman..sejuk jer. Mungkin aku jer yg feel gler2 dgn hutan ni, sbb aku tgk geng aku ni sibuk jer update FB dier dgn BB nyer. Dier siap sempat download aplikasi2 baru di BB nyer. Hahah..OBSES!.


Pengalaman naik Roller Coster ke Maxwell Hill 
ROLLER COASTER YANG TERBAIK DI MALAYSIA
Waaaa..cukupla sekali aku naik tenggiling tua ni. Nmpak jer jeep tua, tp gler speed n pickup naik bukit. Serius macam naik roller coster. Tak ingat dunia punya driver.Aku rasa lagi selamat kot naik Roller coaster, sekuran kurangnyer roller coster ader seat belt, jaminan xkn jatuh. Tapi kalo naik Land ROver ni, boleh jer tercampak keluar semasa perjalanan, terus jer masuk gaung. haha..nnt kuar la dlm paper "pelancong hilang" .Perjalanan Roller coster selama 30 minit ini cukup menakutkan, jalan kecil, sempit dan curam mmg sangat mencabar. Bagi yang minat ngn cabaran, cuba lah..sangat la menakutkan.Tapi xper, mengikut informasi, blum pernah lagi land rover ini kemalangan kerana mereka sangat xpert dan berpengalaman.

Puncak Maxwell Hill yang sangat CUN!
PUNCAK MAXWELL HILL(BUKIT PERANGINAN PERTAMA DI MALAYSIA)
MENARA TINJAW MAXWELL HILL
Bila berada di puncak, macam bese la sejuk, tinggi and segar. Tapi yang kagum nyer aku di sini, hutannyer mmg tiada pencemaran, pokok pokok pelik byk, dah macam bukan kat Malaysia. Di atas kita akan jumpa species tumbuhan yang sll jumpa kt AMERICA. Lagi syok bila dpt tgk bunglow2 lama yang xusik lagi untuk dijadikan bahan sejarah, mmg scary la.Mcm Haunted Mansion. Dia atas tidak lah seluas mana.Tapi terdapat jambatan gantung seolah olah seperti jambatan langit dan menara yg seolah olah terapung di awan..Kagum sgt.
JAMBATAN GANTUNG YANG SEAKAN-AKAN TERAPUNG DIUDARA

Menara Jam Tertua dan Pertama di Malaysia.
MENARA JAM TERTUA DI MALAYSIA
PUSAT INFORMASI PELANCONGAN TAIPING
Lepas balik dari Bukit Larut, aku terus tergolek masuk bilik dan tidur. Aku jadi loyar, pening, n nk demam pn ader gak, gara-gara naik land rover yang mcm roller coaster tuh. Sampai je Hotel aku terus mandi and tidur. Jam 3 petang gitu, aku teruskan pengembaraan ker Bandar Taiping, destinasi sterusnya adalah Menara Jam. Sangat antik, dan masih berfungsi, di dalam Menara jam tersebut terdapat kaunter Pusat Informasi Pelancongan Taiping. Sangat berinformasi yang diberikan oleh Pekerja Wanita di situ. Aku boleh berikan A+ terhadap pengetahuannya menegenai Bandar Warisan taiping ini. Selain menjual cenderamata, terdapat juga disediakan pakej2 menarik seperti ke Zoo, Bukit Merah dan  byk lagi dengan harga yang menarik. Kami dilayang begitu baik dan mesra. Terima Kasih atas layanan yang diberikan ..(aku lupa nama budak perempuan tu).http://www.facebook.com/pages/Clocktower-Raintown-Taiping-1874/118499094897688?sk=photos#!/pages/Clocktower-Raintown-Taiping-1874/118499094897688?sk=wall
PINTU HADAPAN MENARA JAM
Pejabat kerajaan, Penjara, dan Muzium yang pertama di Malaysia  
PEJABAT KERAJAAN PERTAMA DI MALAYSIA
Destinasi kami seterusnya ke Pejabat kerajaan pertama di Malaysia, tidak jauh dari Menara Jam. Bangunan nyer masih elok dan bersih. Sekali pandang memang taste British. Sangat Kagum. Tapi aku tak masuk pun dalam, tengok dari luar jer. Berhampiran dengan bangunan tersebut, ada lagi beberapa bagunan lama yang lain sperti Penjara dan Muzium.Maklum la, banyak sangat perkara yang pertama di Taiping ni. Disenaraikan ada 33 benda yang tertuan dan pertama. Tak dapat la aku nak knjung kesemuanya.

Taman Tasik Pertama dibuka( Wooww!)
TAMAN TASIK TERCANTIK & PERTAMA DI DIBUKA DI MALAYSIA
Kami habiskan masa petang kami di Taman Tasik Taiping. Bersantai sambil menikmati suasana hijau dan ketenangan tasik yang memukau(cehh..ayat xbleh bla), serius..memang cantik tasik ni, seperti dizaman P Ramlee je kalo lepak kt sini, sbb tiada pengubahsuaian, segalanya dikekalkan seperti dulu kala seperti bangku duduk, jmbatan merentasi tasik dan pokok2 tua tidah ditebang lagi.tp nmpak macam bahaya juga.

Kesimpulan Serta Kos Budget yang kami spend kan tuk trip kali ini.
Mission bagi photo trip kami adalah Murah, Fun and Mencabar..Jadi kos yg kami gunakan agak murah dan pada masa yang sama kami sronok dan puas hati. Jadi kami sangat berpuas  hati dengan penginapan, pengangkutan serta pengalaman berada di Taiping. Layanan orang Taiping sangat awesome. Kitorang di layan seperti pelancong dari luar negara. yang lucunya, ader beberapa penduduk disna cuba ckp orang putih dgn kitorang, gelak dlm hati la kitorang. Sangat friendly la org2 kat sini. Kemana sahaja kami lawat pasti ada org yang menegur. Kdg2 mcm kekok gak, rasa pelik pn ada. Kami pulang jam 11 malam menaiki Tren KTM jam 12 malam. Dalam tren trus tido n smpai KL sentral jam 5.30 pagi.
STATION KTM PERTAMA DI MALAYSIA